Sunday, October 23, 2011

Venice, Itali Kota Romantik


Kali nie nak bercerita pasal Venice bandar romantik, salah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi dan merupakan impianku untuk menjejak kaki ke sana.cewah!!!
Bagi diriku Vanice begitu klasik dengan susun atur bandar serta seni binanya yang tersendiri. Selain  itu ia mempunyai jaringan pengangkutan utama yang jarang ditemui di tampat lain.


 




Venice juga dikenali sebagai "Bandar Raya Air", "Kota Terapung" dan Kota Terusan. Ia merupakan bandar yang paling indah di bina oleh manusia serta salah satu bandar yang paling romantik di Eropah


Venice sebuah bandar yang unik di Eropah dan dibina di atas kepulauan 117 buah pulau yang dibentuk oleh 177 terusan di lagun cetek, yang dihubungkan dengan 408 jambatan. Terusan-terusan berfungsi sebagai jalan raya,  dan hampir setiap bentuk pengangkutan ialah air atau berjalan kaki.



 


Kereta diharamkan di Vanice dan semua orang, termasuk posmen dan polis, menggunakan perkhidmatan bot. Venice adalah bandar terbesar di Eropah yang bebas daripada penggunaan kereta. Kaedah utama pengangkutan ke terusan iaitu dengan menggunakan Vaporeto, bas air terkenal Venice. Selain itu boleh menggunakan teksi air persendirian atau perjalanan dengan Gondola.
 









No comments:

Post a Comment