Friday, November 23, 2012

Dua Minggu..

Akhirnya dua minggu sudah berakhir meninggalkan kenangan di tempat baru yang jauh lebih sibuk dari tempat asalku. Bermacam-macam persoalan yang harus aku jawap merungkai segala persoalan di lubuk hati mereka seperti mempertikaikan kebolehan diriku. Adakah aku harus tampal jawapan di dahiku, sudah penat ku jawab persoalan mereka. Apa harus ku jawab, aku hanya pekerja biasa yang menurut arahan pihak atasan dan aku juga malas nak bagi alasan yang panjang lebar cukuplah mereka taw aku hanya attachment. Berada di sana ada kebaikan juga. Aku dapat berkenalan dengan orang baru, merasai pengalaman kerja kat sana, mengetahui sistem mereka dan macam2 lagi lah. So back to yr workplace n enjoy yr work.
HAVE A NICE DAY!!

Sunday, October 7, 2012

My First Week

Alhamdullilah aku sekarang sudah bergelar penjawat awam di Klinik Kesihatan Seremban, my new Boss. Minggu pertama berjalan lancar walaupun ada beberapa projection yang x seberapa menjadi biasalah mingu pertama memegang x-ray tube..ngeh3
 
Pagi2 terpaksa menghadapi cabaran melintas jalan. Hanya doa dan tawakal sajalh aku panjatkan utk sampai detinasi dengan selamat.Tiap2 hari aku terpaksa menghadapinya. 
 
Juru x-ray itulah jawatan yg aku sandang sekarang. Mudah-mudahan aku bisa menjadi pekerja yang bertanggungjwb dan berpengetahuan serta menghasilkan image quality yang baik utk pesakitku.
 
Hidup di perantauan kuharap dapat mengajarku erti kehidupan sebenar dan berdiri di tapak kaki sendiri. Pengalaman adlah guru sebenar kehidupan dan mengajarku berdikari. Hanya doa dan tawakal kepada ALLAH menemaniku disini menjadikanku lebih kuat dan terus mengorak langkah kehadapan.  

Monday, September 24, 2012

Dah Bersediakah Saya

Aku seperti di awang-awangan mendapat surat pelantikan ke Negeri Sembilan jauh dari kg halamanku dan bakal menjalankan tugas pada 1/10/2012. Gembirakah aku sedihkan aku hanya Tuhan yang tahu. Minggu yang sama juga aku kehilangan abang ipar 2 hari sebelum aku test JPJ. Aku kandas dan nampaknyaTuhan mahu menguji aku lagi. Aku sudah tidak tentu arah mendapat surat posting apabila memikirkan lesen ak yang belum selesai lagi. Mampukah aku mengharungi dugaan ini. Ya Allah bantulah hambamu ini..Ku meminta sedikit kekuatan dan ketabahan utk menghadapi semua ini. Kadang2 terselit sedikit perasan  melihat kawanku yg mendapat tempat yg dekat dan mempunyai teman gandingan. Tapi aku keseorangan di negeri orang. Hanya ku tahu kepadaMu lah tempat ku berpaut dan moga dipermudahkan segala urusan.amin...
 
p/s: Moga aku mampu mengalas tugas sebagai penjawat awam dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Apa2 pun rintangan yg datang hadapilah dgn tenang..kita redah jer!!!Percayalah setiap kejadian pasti ada hikmahnya