Aku seperti di awang-awangan mendapat surat pelantikan ke Negeri Sembilan jauh dari kg halamanku dan bakal menjalankan tugas pada 1/10/2012. Gembirakah aku sedihkan aku hanya Tuhan yang tahu. Minggu yang sama juga aku kehilangan abang ipar 2 hari sebelum aku test JPJ. Aku kandas dan nampaknyaTuhan mahu menguji aku lagi. Aku sudah tidak tentu arah mendapat surat posting apabila memikirkan lesen ak yang belum selesai lagi. Mampukah aku mengharungi dugaan ini. Ya Allah bantulah hambamu ini..Ku meminta sedikit kekuatan dan ketabahan utk menghadapi semua ini. Kadang2 terselit sedikit perasan melihat kawanku yg mendapat tempat yg dekat dan mempunyai teman gandingan. Tapi aku keseorangan di negeri orang. Hanya ku tahu kepadaMu lah tempat ku berpaut dan moga dipermudahkan segala urusan.amin...
p/s: Moga aku mampu mengalas tugas sebagai penjawat awam dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Apa2 pun rintangan yg datang hadapilah dgn tenang..kita redah jer!!!Percayalah setiap kejadian pasti ada hikmahnya
No comments:
Post a Comment